Friday, November 21, 2008

Pertemuan Penuh Bermakna

Salam sejahtera dan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana diberi kekuatan untuk menghasilkan blog ini semata-mata untuk mengumpulkan semula sahabat-sahabat lama yang sama-sama menuntut di Maktab Perguruan Batu Pahat. Semoga dengan adanya tapak ini secara tidak langsung dapat kita bertukar pendapat, pengalaman mala dapat menjadi asas untuk kita reunion semula setelah sedekad lamanya kita membawa haluan masing-masing sebagai insan pendidik. Andai ada kesudian sudilah kiranya rakan-rakan khususnya dari semua pengajian sesi 93/95 sama-sama menghantar maklumat dalam ruangan ini.

Untuk para sahabat sekalian.....

2008 merupakan tahun yang cukup bermakna kerana dalam tahun ini, sahabat lama yang begitu rapat telah sudi bertandang di teratak buruk ana sekeluarga di Kedah. 17 November, Jijah sekeluarga datang dan bermalam kerana bercuti di Langkawi. Tak banyak contact yang ana dapat cuma rakan-rakan terdekat saja. Tahniah Jijah dah jadi ibu mithali bersama 5 orang anaknya........ hebat......

Lebih kurang 4 hari selepas itu sahabat yang cukup rapat dengan ana telah sudi singgah walaupun sekejap. Raymond gelaran yang cukup sinonim di MPBP suatu ketika dulu. Ana agak terkejut kerana lebih sedekad tak bersua Raymond, ternyata menampakkan perubahan yang cukup membanggakan. Bersama isteri dan anak serta ibunya, sempat juga ana dapatkan contact number kawan-kawan seperti wak jono, ajak, jebon, atengdan sungai tengi. Alhamdulillah bertambah koleksi kenalan lama ana.

Berbalik pasal raymond, alhamdulillah selain sebagai pendidik, dia telah berjaya sebagai usahawan. Dari segi penampilannya ana dapat rasakan berkat kesungguhannya telah merubah segalanya. Tahniah....

Ana...... macam biasa. Tapi alhamdulillah syukur kehadrat allah swt,kerana memberikan kesihatan, kesejahteraan dan kesempurnaan dalam kehidupan ana.... Amin.......

No comments: